Selain itu, terdapat juga pameran kerjaya dan yang dianjurkan oleh Jabatan tenaga Kerja menawarkan 500 peluang pekerjaan serta taklimat kerjaya oleh Petronas.

Program anjuran Parlimen Kimanis yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Anifah Aman turut membuka Jualan Sentuhan Rakyat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan dapur pada harga disubsidi.

Sepanjang hari pada 31 Mac itu juga membenarkan orang ramai melawat kaunter dan perkhidmatan kerajaan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan.

Malah pengunjung juga boleh membuat semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta polis serta membuat pertukaran topi keledar secara percuma.

Ataupun, dapatkan pemeriksaan gigi secara percuma sambil dihiburkan oleh selebriti tempatan seperti Dayang Ceria Megastar, Farahdhiya, Ebi Kornelis dan Aunty Patrin.

Pengunjung yang bertuah pula berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang diadakan sepanjang program itu berlangsung.

Jadi, jangan lepaskan peluang, untuk datang ke Program Sayang Kimanis Mobile CTC dan dedahkan diri anda dengan perkhidmatan dan kemudahan daripada kerajaan. - UTUSAN ONLINE