KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah Leong Poh Lee selepas menerima
KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah Leong Poh Lee selepas menerima motosikal baharu daripada MCA Bahagian Cheras sumbangan seorang ahli perniagaan di Taman Maju Jaya, Cheras, baru-baru ini. – UTUSAN/
NOOR AZLINA JAAFAR

Dia yang kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat diabetes ketika berumur 52 tahun terpaksa melupakan kekurangan yang ada demi mencari rezeki bagi me­nyara kehidupan tanpa keluarga di sisi.

Poh Lee yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 10 tahun lalu memberitahu kesempitan hidup memaksanya me-lakukan tugas berat itu sendirian walaupun berdepan situasi sukar disebabkan pergerakannya bergantung dengan bantuan kerusi roda.

Katanya, walaupun pendapatan yang diperolehi sekitar RM5 hingga RM10 sehari hasil jualan barangan terpakai itu, dia tetap bersyukur.

“Kebiasaannya kawan-kawan perniagaan di kawasan perumahan ini akan menghubungi saya untuk mengutip barangan seperti kotak, tin dan botol.

“Walaupun ditakdirkan cacat an­ggota, ia bukan penghalang ke­­pada saya untuk melakukan pe­kerjaan ini.

“Sekurang-kurangnya saya ti­dak mengemis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di­peroleh sebanyak RM350 sebulan masih tidak mencukupi.

Katanya, wang tersebut diperuntukkan untuk membayar sewa rumah dan membeli ba­rangan keperluan harian lain.

Kisah ketabahan Poh Lee turut mendapat perhatian pelbagai pi­hak termasuk MCA Bahagian Che­ras apabila tampil mengha­diah­kan­nya motosikal baharu.

Pengerusinya, Datuk Leong Kok Wee berkata, motosikal sumba­ngan seorang ahli perniagaan itu bertujuan membantu meringankan beban Poh Lee dan memudahkannya melakukan pekerjaan yang diminati.

“Sumbangan ini bagi menggantikan motosikal lamanya yang sering rosak.

“Diha­rapkan kesungguhannya akan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menhulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Sim­panan Nasional Poh Lee 1419041000011632 atau me­­ng­hubunginya di talian 018-35­82352.