Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Mohd. Sofi Abdul Wahab; dua Ahli Lembaga Pengarah SAMB yang baru dilantik iaitu Norhizam Hassan Baktee dan Low Chee Leong serta Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd. Khalid Nasir.

Ketua Menteri, Adly Zahari turut hadir untuk solat Isyak berjemaah dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak kakitangan SAMB dan anak-anak kakitangan yang kurang berkemampuan.

Menurut Mohd. Khalid, majlis Iftar Mahabbah merupakan program kemuncak bagi semua program sepanjang bulan Ramadan yang telah berlangsung di SAMB.

"Antara program yang telah diadakan adalah solat sunat Tasbih dan Dhuha, program Taqqarub al-Quran dan program Infaq Ramadan SAMB. Program ini merupakan kutipan sumbangan daripada semua warga kerja SAMB dan hasilnya disampaikan kepada lapan keluarga yang telah menerima bantuan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat ini," katanya. - UTUSAN ONLINE