SAHARIL MOHAMED NOR

Salawati Mohamed Nor, 37, berkata, abangnya iaitu Saharil Mohamed Nor, 41, telah keluar dari rumah keluarganya di Klang, Selangor sejak tujuh tahun lalu.

“Tempat kerja dan tempat tinggal terakhirnya yang saya ketahui ialah di SS22 Petaling Jaya namun tidak dapat dikesan sehingga kini.

“Tiga tahun lalu saya dan keluarga telah ke tempat kerjanya dan difahamkan abang saya tidak bekerja di situ lagi dan sehingga kini tidak dapat dikesan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Salawati, dia sekeluarga telah membuat pemeriksaan di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara tetapi tiada sebarang rekod baharu dikemas kini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Saharil boleh menghubungi keluarganya di talian 018 6671295.