Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM10j bantu pesakit kanser payu dara

Rohani Abdul Karim (berdiri,  tengah) dan Maniseh Adam (berdiri,
Rohani Abdul Karim (berdiri, tengah) dan Maniseh Adam (berdiri, lima dari kiri) bersama bekas-bekas pesakit kanser payu dara dalam majlis Prapelancaran Larian Amal Pink Wig A-Thon di Putrajaya, semalam. utusan/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 21 Ogos – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon peruntukan RM10 juta dalam Bajet 2018 khusus untuk membantu pesakit kanser payu dara.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, peruntukan tersebut bagi membantu membia­yai pembelian coli khas untuk pesakit kanser payu dara yang telah menjalani rawatan masektomi (membuang payu dara).

“Mereka yang telah membu­ang payu dara perlu membuat prostesis (buah dada palsu) dan ia didatangkan bersama-sama coli khas pesakit kanser.

“Kos untuk coli ini mahal, jus­teru besarlah harapan saya agar kerajaan memberi keutamaan dalam bajet ini kerana ia sangat diperlukan untuk meningkatkan keyakinan diri pesakit kanser payu dara,” katanya selepas maj­lis Prape­lancaran Larian Amal Pink Wig-A-Thon di sini hari ini.

Yang turut hadir Penaung Yayasan Pink Ribbon, Puan Sri Maniseh Adam; Pengerusi Yayasan Pink Ribbon, Datuk Dr. Devanand; Pengarah Perubatan, Pusat Kepakaran Antarabangsa Beacon, Datuk Dr. Mohamad Ibrahim Wahid dan Bendahari Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis, Datin Seri Sharifah Hishmah Shahabudin.

Rohani berkata, selain untuk membantu pembelian coli khas ter­sebut, peruntukan RM10 juta itu juga untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pesakit yang telah bebas kanser payu dara.

Sementara itu mengenai la­rian amal Pink Wig-A-Thon yang akan diadakan pada 8 Oktober di Taman Botani, Kuala Lumpur, Rohani berkata, ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum terhadap bahaya kanser payu dara dan sebahagian aktiviti untuk pesakit yang sudah bebas daripada kanser tersebut.

Seramai 3,000 orang dijangka menyertai larian sejauh lima ki­lometer dan 10 kilometer.

Bayaran RM80 dikenakan untuk setiap peserta larian manakala bekas pesakit sebanyak RM65.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai larian amal ini boleh menghubungi yayasan di talian 03-22423121, sebarang pertanya­an boleh dikemukakan kepada [email protected]

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain