Mohamed Shafie BP Mammal
Mohamed Shafie BP Mammal

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, malah terdapat sesetengah syarikat memberhentikan pekerja dengan memaksa mereka smenandatangani surat pemberhentian kerja sebagai tanda bersetuju untuk diberhentikan.

“Keadaan ini berlaku apabila majikan mendakwa kononnya syarikat kini mengalami kerugian yang teruk.

“Memburukkan lagi keadaan, pekerja tidak dibayar sebarang pampasan dan faedah pemberhentian atau lain-lain bayaran yang sepatutnya dibayar mengikut Akta Pekerjaan 1955 dan Perjanjian Bersama (CA) antara majikan dan kesatuan sekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mendakwa, segelintir majikan tidak melaporkan tindakan memberhentikan pekerja kepada Jabatan Buruh, Kementerian Sumber Manusia. - UTUSAN ONLINE