Buat permulaan, sebanyak RM5,000 hasil sumbangan para jemaah diperuntukkan bagi membantu kalangan kurang kemampuan termasuk kalangan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya dengan menghulurkan barangan keperluan harian kepada 50 orang penerima.

Pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Tuan Ahmad Tuan Besar program yang  bermula hari ini akan dilakukan berterusan yang antara lain bagi mencerminkan keprihatinan masjid terhadap anggota masyarakat sebagai sebuah institusi paling hampir dengan kehidupan.

"Langkah ini juga dapat menggalakkan lagi amalan menderma sebagai budaya kalangan jemaah bukan sahaja untuk memakmurkan masjid tetapi juga membantu kalangan yang susah.

"Di samping itu  hubungan antara jawatankuasa masjid dan masyarakat di sekitar  dapat diperkukuhkan dengan membantu setakat yang termampu untuk meringankan beban kehidupan," ujarnya kita ditemui, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE