Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kedua baginda telah meluangkan masa untuk meninjau kemudahan yang disediakan di bawah satu bumbung yang membabitkan 22 agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuk Pejabat Kesihatan dan Pergigian.

Sebelum itu kedua baginda disambut oleh Pengurus Besar Perbadanan Kemajuqn Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs), Norsiake Kassim dan Pengurus Pembangunan dan Perancangannya, Hasnan Abdul Kudus serta pihak pengurusan PKENPs dan anak-anak syarikatnya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin.

Kedua baginda juga mendengar pembentangan taklimat pengurusan mengenai arah tuju dan perancangan PKENPs yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama di UTC. - UTUSAN ONLINE