Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, murid darjah lima tersebut menunjukkan tanda dan gejala sakit, lemah pada lengan kanan dan muntah pada 18 April lalu.

Jelasnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serian pada 19 April bagi rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa semakin tenat dan dia diserang sawan pada 22 April lalu.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan sampel klinikalnya didapati sah positif rabies,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, wabak rabies telah menyebabkan lapan mangsa maut manakala seorang lagi masih bertarung nyawa. - UTUSAN ONLINE