Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sumbangan itu bertujuan membantu NGO terbabit melakukan aktiviti yang bersesuaian untuk masyarakat Kuala Pilah.

"Sumbangan kepada individu pula bagi membantu mereka yang amat memerlukan bantuan seperti memerlukan wang untuk rawatan perubatan atau ditimpa bencana seperti banjir.

"Nilai sumbangan kepada setiap penerima bergantung kepada keperluan mereka. Ada terima RM2,000 dan ada diberi sumbangan sehingga RM10,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas menyampaikan sumbangan kepada penerima terbabit di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah di sini sebentar.

Hasan yang juga Duta Besar Malaysia ke Kemboja berkata, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah sebelum ini memberi sumbangan itu kepada mereka yang memerlukan tanpa majlis rasmi.

Ujarnya, bagaimanapun sumbangan kali ini diberikan dalam satu majlis rasmi untuk merapatkan lagi hubungan penduduk Kuala Pilah dengan wakil rakyat mereka. - UTUSAN ONLINE