MOHD. HOLFI MUSTAFA KAMAL
MOHD. HOLFI MUSTAFA KAMAL

Mohd. Holfi Mustafa Kamal, 30, dan rakannya Azizan Zakaria, 42, menemukan wang tersebut ketika membersihkan kawasan rumah seorang warga emas yang dikenali sebagai Aminah, 60-an di Kupang dekat sini semalam.

Atas nama kejujuran, kedua-dua bertindak memulangkan tersebut kepada warga emas itu sekali gus mendapat pujian daripada netizen apabila berita itu tular semalam.

Menurut Mohd. Holfi, mereka berbuat demikian atas nama amanah apatah lagi memikirkan nasib warga emas tersebut.

“Kami menjumpai wang berjumlah RM2379.80 di dalam satu bungkusan plastik hitam ketika melakukan kerja pengasingan sampah di tapak pelupusan ini.

“Saya dan rakan amat terkejut kerana jumlahnya agak banyak dan keadaan wang itu agak berbau dan basah,” kata Mohd. Holfi ketika ditemui di tapak pelupusan sampah di Pulai, hari ini. - UTUSAN ONLINE