Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, rumah-rumah tersebut diberikan peruntukan khas untuk dibaiki setelah dikenal pasti anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Jelasnya, program itu bertujuan untuk membaik-pulih dan menceriakan semula rumah golongan sasar di bawah kementerian.

"Program ini merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk membantu mereka memerlukan.

"Program berkonsepkan 'Cari dan Bantu' ini menumpukan kepada golongan sasar di luar bandar di seluruh negara selaras dalam mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjenguk salah sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah dikenal pasti, Mut Lamat, 71, tinggal bersama isteri.

Mut merupakan salah seorang klien di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima Bantuan Orang Tua sejak 2009 tinggal di rumah uzur dan rosak yang  tidak mampu untuk dibaiki.

Tambahnya, selain daripada membaik-pulih rumah, aktiviti seperti membersihkan kawasan dalam dan luar rumah, mengecat serta menghias kediaman penerima.

"Setakat ini, sebanyak empat buah rumah telah dibaiki di bawah Program Sentuhan Kasih Rohani dan ia akan diteruskan dari masa ke semasa," ujarnya. - UTUSAN ONLINE