Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, usaha murni itu merupakan tanggungjawab sosial pihaknya dalam mengurangkan bebanan keluarga berkenaan.

Katanya, keluarga tersebut amat memerlukan bantuan kerana ketua keluarganya, Zulkifli Husin, 59, tidak dapat bekerja berikutan menghidap masalah paru-paru rosak.

"Bebanan keluarga ini semakin bertambah apabila isterinya, Kamariah Daud, 46, turut menghidap tulang Rapuh (Osteoporosis) di bahagian tulang belakang.

"Mereka juga mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah dan pihak kita hari ini berkunjung kerumahnya  dengan membawa peralatan sekolah berupa baju, kasut, alat tulis dan wang tunai untuk anak mereka," katanya di sini hari ini.

Mohd. Fared berkata, sekurang-kurangnya dengan bantuan itu  bukan sahaja dapat meringankan beban malah akan diingati oleh penerima sekali gus memberikan imej yang baik kepada masyarakat.

Beliau berkata,  pihaknya juga akan berusaha mencari sumbangan lain untuk membaik pulih rumah mereka kerana keadaannya amat usang setelah didiami lebih 50 tahun lalu.

"Keluarga mereka sudah mendapat bantuan  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan namun cukup untuk perbelanjaan seharian," ujarnya. - UTUSAN ONLINE.