Program itu mendapat sambutan baik dan sokongan daripada orang ramai di mana mereka turut membantu menghulurkan makanan kepada penerima.

Yang Dipertua PPIK, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, usaha murni itu bertujuan mendekatkan diri ahli-ahlinya dengan kehidupan golongan miskin serta gelandangan yang selama ini dipandang serong oleh segelintir masyarakat.

“Pihak kita akan membuat pengagihan nasi bungkus ini setiap minggu pada hari Khamis bertempat di depan Mydin Mall Kota Bharu.

“Pemberian makanan secara percuma ini juga adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial persatuan kami kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, pihaknya menyarankan supaya badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang mahu memberikan sumbangan kepada golongan ini supaya mengkoordinasi rancangan agihan.

Jelasnya, kepada sesiapa ingin sama-sama membantu dan ingin menghulurkan sumbangan boleh melalui akaun Bank Islam 03036010069796 (Persatuan Pengguna Islam Kelantan ). - UTUSAN ONLINE