Program yang berlangsung kira-kira enam jam bermula 9 pagi itu dirasmikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata, program yang melibatkan seluruh warga Polis Kuala Lumpur serta pelawat IPK itu bertujuan memberi peluang kepada semua penderma agar dapat menyumbang khidmat sosial kepada insan yang memerlukan.

“Hal ini sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa perjuangan warga Polis Diraja Malaysia bukan hanya dalam menjaga kesejahteraan negara dan masyarakat, malah menjangkau kepada kehidupan sosial masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE