Ziarah itu diketuai Ketua OKB OKU, Dr. Nor Wahiza Abdul Wahat dan turut disertai Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datin Asmawati Ahmad dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik.

Pada kunjungan itu, pihak POKB menyerahkan sumbangan RM2,000 serta hamper kepada Syed Mohamad Farli sebagai tanda penghargaan atas pengorbanannya.

Nor Waziha berkata, pihaknya terpanggil untuk mengadakan ziarah itu selepas mendapat maklumat berkaitan insiden yang menimpa Syed Mohamad Farli di akhbar.

“Kami juga tampil untuk memainkan peranan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada PDRM serta menghargai pengorbanan anggota polis.

“Kami juga terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Syed Mohamad Farli yang sanggup membahayakan nyawanya sendiri ketika menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.