Presidennya, Datuk Shiekh Ahmad Dasuki Shiekh Mohamad berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu bentuk penzahiran terima kasih di atas pengorbanan yang dicurahkan oleh anggota polis dalam menjaga keamanan negara.

Menurutnya, alat penghawa dingin ini akan dipasang di dalam bilik gerakan IPD Kota Bharu untuk memberikan keselesaan kepada anggota bertugas.

"Apalah sangat sumbangan alat penghawa dingin jika hendak dibandingkan dengan sumbangan dan jasa serta keringat yang telah dicurahkan oleh anggota polis.

"Bukan itu sahaja, kita turut menyerahkan kad diskaun ahli POKB kepada 900 pegawai dan anggota IPD Kota Bharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyerahkan sumbangan alat penghawa dingin sempena sambutan Hari Polis Ke-211 di IPD Kota Bharu, hari ini.

Sheikh Dasuki memberitahu, POKB turut menyerahkan 30 karton air minuman untuk kegunaan warga IPD Kota Bharu.

Katanya, IPD Kota Bharu merupakan IPD angkat kedua POKB selepas Ampang Jaya. - UTUSAN ONLINE