Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad ketika program Ziarah Kasih di kediaman warga emas itu di Kampung Sireh, di sini.

Sementara itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, katil berharga RM4,000 tersebut adalah untuk memberikan keselesaan dan memudahkannya bergerak.

Beliau berkata, ini merupakan salah satu usaha POKB bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Siti Zainun.

"Saya berdoa semoga bonda Siti Zainun kembali sihat untuk bersama keluarga tersayang.

"Kita akan membantu dia dan keluarganya sedaya upaya supaya mendapat rawatan yang terbaik,” katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE