Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, pihaknya turut bersetuju menjadikan artis dikir barat itu sebagai anak angkat kepada persatuan berkenaan.

"Selepas ini, kita akan lihat apa jenis bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada Megat Nordin terutama dalam aspek penjagaan kesihatan.

“Sumbangan ini juga merupakan salah satu penghormatan POKB terhadap Megat Nordin, penggiat dikir barat yang telah banyak berkorban mengangkat seni warisan bangsa itu ke peringkat tertinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan cek kepada isteri Megat Nordin, Khoirunnisa Madiyoh, 48, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah HRPZ II Dr. Ariffin Nor.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Megat Nordin, 55, selamat menjalani pembedahan hampir dua jam bagi membuang cecair yang mengakibatkan bekas peserta rancangan realiti Kilauan Emas 2014 itu tidak selesa dan sukar bernafas sejak malam tadi. - UTUSAN ONLINE