Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, bantuan tersebut melibatkan sumbangan kelengkapan harian pelajar terbabit seperti pakaian dan sebagainya.

"Kita akan bawa pelajar ini untuk membeli belah di pasar raya tersebut pada Rabu ini.

"Ini merupakan salah satu bentuk sumbangan bagi membantu meringkan beban yang terpaksa ditanggung oleh pelajar berkenaan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi kelmarin, kira-kira 30 pelajar Matais tinggal sehelai sepinggang apabila asrama penginapan mereka terbakar. - UTUSAN ONLINE