Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, berkata, sukarelawan yang terlibat termasuklah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta ahli Kor Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Kota Bharu.

“Pembinaan rumah baharu yang diketuai oleh Ahli Majlis Penasihat Presiden POKB, Mejar Bersekutu Mazeree Mohd. Nawi ini telah dimulakan sejak Januari lalu.

“Setakat ini, kerja-kerja pembinaan sedang giat dilakukan termasuk mengecat rumah. Rumah ini akan disiapkan sepenuhnya awal Mac ini,” katanya.

Tambah beliau, kerja-kerja pembinaan rumah baharu berkenaan dijalankan secara gotong-royong dengan bantuan serta sumbangan dari pelbagai pihak.- UTUSAN ONLINE