Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, setiap seorang daripada pesakit tersebut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM250 hingga RM500.

Katanya, bantuan menerusi program ramah mesra bersama pesakit itu diadakan POKB setiap tiga atau empat bulan sekali di hospital berkenaan.

“Kita harap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pesakit yang kebanyakannya terdiri daripada golongan kurang mampu.

“Melalui program ini, pesakit berpeluang untuk bertanya me­ngenai penyakit yang dihidapi menerusi sesi soal jawab antara pesakit dan doktor pakar.

“Ia akan membantu pesakit lebih mengetahui amalan yang perlu dilakukan dan tip rawatan untuk melawan penyakit kanser,” katanya dalam Program Ramah Mesra Pesakit Kanser di Wad 26 HRPZ II.

Yang turut hadir Pakar Bedah Endokrin dan Payudara HRPZ II, Datuk Dr. Imi Sairi Ab. Hadi.

Sementara itu, isteri seorang pesakit kanser, Nor Aini Osman, 48, berkata, dia menerima ujian de­ngan penuh kesabaran setelah mengetahui suaminya, Azhan Aziz, 49, menghidap kanser esofagus tahap empat sejak setahun lalu.

“Sebelum ini, suami saya yang bertugas sebagai pembantu pegawai perubatan di HRPZ II adalah seorang yang ceria dan rajin me­layan kerenah anak-anak sebelum tiba-tiba menjadi kurang aktif.

“Walau bagaimanapun, saya reda dengan dugaan ini dan tidak akan menyerah walaupun perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada suami, selain menjaga enam anak,” katanya.