Menurut Perdana Menteri, beliau tersentuh apabila mendengar pelbagai pende­ritaan Nurhafifah yang telah melalui dua kali pembedahan, 18 kali kemoterapi dan terbaharu kaki kirinya terpaksa dipendekkan bagi memastikan sel kanser tidak menular.

“Bertemu adik Nurhafifah hari ini, cukup tersentuh mendengar pelbagai dugaan dan penderitaan yang terpaksa dilaluinya akibat kanser tulang.

“Semoga bantuan komputer riba dan kerusi roda ini dapat membantunya sedikit. Sama-samalah kita doakan Nurhafifah serta keluarga tabah, mudah-mudahan Allah meringankan beban, mengembalikan kesihatan dan melapangkan hati mereka menerima dugaan ini, insya-Allah,” kata­nya.

Pemberian bantuan itu dimuat naik oleh Najib di akaun Facebook dan Twitter beliau berserta beberapa gambar de­ngan Nurhafifah dan ahli keluarganya.