Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, bubur lambuk tersebut mula diedarkan pada pukul 5 petang ini dan ia merupakan kerjasama tahun kedua di antara pihak PLUS dengan Kumpulan Utusan.

PLUS telah mengagihkan bubur lambuk sejak tahun 2015 namun kerjasama dengan Kumpulan Utusan baharu dijalankan tahun lalu.

"Hari ini kita turut mengagihkan bubur lambuk di beberapa buah R&R terpilih antaranya di R&R Dengkil, Ulu Bernam (arah selatan), Seremban serta Tapah bergantung kepada stok yang sedia ada," katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

Hadir sama, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor serta Pengurus Besar Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan, Jamal Ahmed Ali Ahmad. - UTUSAN ONLINE