Selain itu, syarikat multinasional tersebut turut menyampaikan bantuan makanan asas kepada keluarga yang kurang berkemampuan menerusi Program Sentuhan Kasih.

Pengurusan Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd. Hasnan Abdullah berkata, program amal itu bertujuan meraikan golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan di samping meringankan bebanan golongan asnaf menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam suasana yang ceria.

Menurutnya, sumbangan wang tunai bernilai RM100 dan RM200 bersama bekalan makanan kepada keluarga miskin diharapkan mampu meringankan bebaban kumpulan sasaran.

"Semenjak 2005 lagi Petronas telah melaksanakan pelbagai program tangungjawab sosial korporat (CSR) termasuk Sentuhan Kasih yang bertujuan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat terutama di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sumbangan zakat di Madarasah Darul Islah, Beris Lalang, hari ini.

Yang Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Datuk Hassan Mahmood dan Ketua Jajahan Bachok, Nik Mohamed Noor Nik Ishak.

Wan Mohd. Hasnan berkata, di negeri ini Petronas turut melaksanakan pelbagai CSR dalam aspek kesejahteraan kominiti seperti penyediaan bekalan air bersih di Kampung Simpang Tiga, Pengkalan Chepa berjaya meringankan bebanan 200 penduduk terutamanya di dalam menyambut Ramadan dan menjelangnya hari raya. - UTUSAN ONLINE