Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pesakit kanser terima sumbangan AIA

KEPALA BATAS 12 Feb. – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

ELMI AMAN NAJAS bertanya khabar keadaan Siti Kholijah Sudin dan
ELMI AMAN NAJAS bertanya khabar keadaan Siti Kholijah Sudin dan anaknya, Nurul Jannah Abdul Rahman selepas menyampaikan sumbangan di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Itu dilema yang ditanggung oleh seorang penghidap kanser payu dara tahap empat kerana selain terpaksa mengurus diri sendiri dalam serba kekurangan, dia juga perlu menjaga anak tunggal yang menghidap penyakit buah pinggang sejak dua tahun lalu.

Menurut Siti Kholijah Sudin, 30, semua itu dilaluinya dengan tabah selepas segala ikhtiar dan usaha mengubati penyakit mereka dua beranak menemui kegagalan berikutan masalah kewangan.

Siti Kholijah yang tinggal me–numpang di rumah mentuanya di Pongsu Seribu dekat sini berkata, sejak menghidap kanser payu dara dua tahun lalu, kebahagian yang dikecapi dengan suami, Abdul Rahman Abu Bakar, 31, selepas mendirikan rumah tangga dua tahun sebelumnya bagai diragut secara tiba-tiba.

“Hilang semangat untuk hidup selepas pemeriksaan dibuat beberapa kali mengesahkan saya menghidap kanser itu yang sampai ke peringkat kritikal.

“Kemerosotan kesihatan mula terasa apabila saya sering lemah serta demam berpanjangan menyebabkan saya terpaksa menghabiskan wang simpanan membiayai kos perubatan sama ada secara tradisional mahupun mo­den,” katanya.

Siti Kholijah ditemui selepas menerima sumbangan AIA Public Takaful Berhad berjumlah RM20,000 untuk membiayai kos perubatannya di sini baru-baru ini.

Katanya, penderitaan dia sekeluarga bertambah selepas anak tunggal mereka, Nurul Jannah, 4, mula diserang demam dan me–ngalami masalah perut membesar sebelum disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik.

“Sejak itu saya terpaksa memberi perhatian lebih kepadanya walaupun saya sendiri menanggung derita penyakit dialami,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful Berhad, Elmi Aman Najas berkata, sumbangan diberikan merupakan kutipan kakitangan syarikat tersebut dibawah program Touching Life Faundation.

“Melalui program ini kita membuat kutipan dan mengagihkan kepada pesakit yang dikenal pasti termasuklah Siti Kholijah dan anaknya.

“Kita juga membuat susulan terhadap pesakit ini dan akan berterusan menyumbang mengikut keperluan pesakit dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, dibawah program yang dilancarkan sejak tahun 2012, sebanyak RM900,000 berjaya dikumpul dan sebahagian besarnya telah diagih kepada pesakit yang memerlukan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain