Vision Petron
Vision Petron

Ketua Hal Ehwal Korporatnya, Zaimi Harun berkata, pertandingan berkenaan bertujuan mempamerkan cara hidup rakyat Malaysia sebagai warga yang bersemangat dan diperkasakan melalui tema ‘Merintis Semula Budaya’ pada tahun ini.

“Setiap orang pasti mempunyai tafsiran unik mengenai perkara di sekeliling mereka. Oleh itu, kami tubuhkan Vision Petron sebagai platform buat artis baru dan peminat seni tegar mengekpresikan diri mereka melalui seni sekali gus membolehkan mereka menjadi pemangkin kemajuan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Sejak 2013, pertandingan ini telah menerima hampir 3,000 penyertaan di seluruh negara di mana satu siri ‘roadshow’ akan diadakan di universiti dan kolej bagi menggalakkan lebih ramai pelajar mengambil bahagian dan mengemukakan karya seni mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pertandingan Vision Petron terbuka kepada semua pelajar universiti dan kolej termasuk awam dan swasta yang berumur 17 hingga 28 tahun dan penyertaan terbuka dalam mana-mana kategori termasuk lukisan seni, fotografi, videografi dan kategori baharu, pertandingan muzik.

“Dalam setiap kategori, pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai berjumlah RM3,000, pemenang tempat kedua RM2,000 dan pemenang tempat ketiga RM1,000 manakala hadiah sagu hati RM500 juga akan diberikan kepada tiga pemenang dalam setiap kategori.

“Tidak lupa juga, kesemua peserta pertandingan akan menerima e-sijil semasa penyerahan karya seni yang mana pameran seni juga akan diadakan semasa dan selepas majlis anugerah tersebut untuk meraikan pemenang,” katanya.

Setiap penyertaan mesti dikemukakan menerusi dalam talian sebelum 6 Julai 2018, pukul 12 tengah malam dan pemenang akan dimaklumkan secara peribadi atau melalui panggilan telefon dari Petron Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Visi Petron di www.visionpetronmalaysia.com atau emel [email protected] - UTUSAN ONLINE