Ketua Pegawai Ekekutif Hospital Pantai, Hoo Ling Lee, berkata, selain itu, pihaknya juga ingin mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak hospital dan juga syarikat serta individu yang mendapatkan perkhidmatan daripada Hospital Pantai.

Katanya, beliau turut berharap lebih banyak syarikat yang akan menyertai pertandingan tersebut di masa akan datang sebagai menyahut kempen dan galakkan ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.

“Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya. Kita mungkin akan adakan lagi pertandingan seumpama ini nanti termasuk mengadakan pertandinagan futsal dalam kalangan wanita,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pasukan Utusan Melayu (M) Berhad yang diwakili pasukan A dan B berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang PKNS dengan berkesudahan 1-2. - UTUSAN ONLINE