Program ilmiah tersebut anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Seri Md. Yunos Husin, kali kedua diadakan di tempat awam selepas Masjid Al-Azim tahun lalu.

Yang turut hadir, Pengerusi Perpustam, Datuk Amirudin Yusof; Pengarah Perpustam, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris dan Pengurus Besar Melaka Sentral, Abu Bakar Jani.

Perpustakaan Terbuka Melaka Sentral dimulakan sejak September lalu dan menyediakan bahan bacaan berbentuk santai berjumlah 500 naskhah kepada orang ramai terutama mereka yang sedang menunggu bas ekspres di terminal itu. - UTUSAN ONLINE