Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) One Selayang, Hanapiah Muhammaddin berkata, tindakan yang mula dikuatkuasakan pada 1 Disember lalu itu adalah tidak wajar memandangkan kawasan itu sebahagian besarnya terdiri daripada unit-unit kediaman penduduk.

“Dari hal itu, adalah tidak wajar sama sekali untuk pihak berkuasa tempatan melaksanakan sistem letak kereta berkupon ini kerana penduduk perlu membayar parkir di kawasan perumahan sendiri.

“Jika sistem ini diteruskan, ia dikhuatiri akan menambah bebanan penduduk memandangkan mereka juga perlu membayar pelbagai caj ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta peningkatan kos sara hidup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas beliau, langkah MPS itu juga dibuat tanpa perbincangan bersama pihaknya menyebabkan penduduk terkilan apabila menerima notis berkenaan sistem letak kereta berkupon yang diedarkan oleh pihak majlis. - UTUSAN ONLINE