Presiden Gerakan Pengguna Air Bersih Selangor, Sahalmi Saib berkata, penduduk bukan sahaja tidak berpuas hati dengan gangguan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan itu malah air yang tercemar menyukarkan penduduk untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Katanya, apa yang lebih menakutkan adalah musim kemarau yang hampir tiba merisaukan penduduk untuk mencari sumber bekalan air bersih di kawasan terbabit.

“Masalah air di kawasan ini sudah lama berlaku tetapi dalam tiga ke empat tahun ini jadi semakin teruk, dengan gangguan airnya, air yang kotor dan tekanan air rendah, penduduk berasa susah hati.

“Ini tanggungjawab setiap kerajaan negeri tetapi kenapa perkara ini berlarutan sampai sekarang, penstrukturan semula air pun lambat, lupakanlah hal politik buat sementara waktu dan ambil berat terhadap rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir mengadakan himpunan secara aman di Taman Desa Aman, Cheras di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE