ROSLAN ABDUL
ROSLAN ABDUL

Ini kerana perbuatan mereka memberi sisa makanan kepada babi hutan tersebut mengundang kehadiran haiwan itu ke kawasan perumahan tersebut hampir setiap hari.

Seorang penduduk, Roslan Abdul, 54, berkata, babi hutan yang menjadikan kawasan belukar berdekatan sebagai habitat biasanya muncul pada waktu petang dan tengah malam untuk mencari makanan.

Katanya, masalah itu pernah berlaku kira-kira dua tahun lepas dan telah diselesaikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.

“Malangnya, babi hutan itu kembali semula ke kawasan perumahan ini kerana beberapa penduduk membuang sampah berhampiran belukar dan memberi makanan kepada haiwan itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, situasi itu menimbulkan kebimbangan kepada kira-kira 5,000 penduduk di kawasan tersebut dan meminta pihak Perhilitan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin. - UTUSAN ONLINE