Penghulu Wahid Mat, 60, ber­kata, sambutan hari raya pa­da tahun ini amat bermakna bu­at kira-kira 700 penduduk kam­pung berkenaan yang selama ini mengharapkan bekalan air bersih.

Menurutnya, beliau mewaki­li penduduk kampung tersebut ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan kedua-dua wakil rakyat di kawasan tersebut iaitu Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuan­ku Jaafar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi kerana prihatin dengan nasib penduduk.

“Sudah terlalu lama kami me­nunggu projek bekalan air ber­sih luar bandar ini. Tidak lama la­gi kami boleh menikmati ke­mu­dahan itu dan sudah tentu kami semua berasa gembira,” katanya ketika ditemui di Kampung Salak di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Has­san Di, 57, berkata, dia amat ber­syukur dan gembira kerana pro­jek bekalan air bersih yang di­nanti-nantikan selama ini ba­gi memudahkan kehidupan se­harian mereka akhirnya siap.

Beliau yang juga imam Masjid Kampung Salak berkata, dengan adanya kemudahan air itu, para jemaah dapat mengambil air wu­duk dengan senang tanpa per­lu mengharapkan air hujan yang di­tadah seperti sebelum ini.

“Selain itu, kehidupan harian penduduk kampung ini turut akan menjadi lebih mudah ke­rana tidak perlu bersusah-payah meng­angkut air dari sungai setiap hari untuk memasak, mandi dan mencuci pakaian,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Junaidi merangkap Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang meninjau kampung tersebut memberitahu, pro­jek bekalan air bersih yang me­makan kos sebanyak RM5.9 ju­ta itu merupakan satu lagi buk­ti keprihatinan kerajaan un­tuk meningkatkan taraf hidup ma­syarakat luar bandar di negara ini.

“Saya cukup berbangga kera­na penduduk kampung ini telah bersabar dalam tempoh lama untuk menikmati kemudahan asas ini.

“Akhirnya kerja-kerja pema­sa­ngan paip bagi menyalurkan bekalan air bersih ke kampung ini dapat digunakan tidak lama lagi,” katanya.