Ketua pergerakan itu, Muhammad Yusri Ismail berkata, ikan tersebut diagihkan kepada ahli kariah Masjid Mukim Merbau dan Masjid Mukim Selising.

Menurutnya, program seumpama itu bertujuan menyeru kalangan pemuda bersama-sama ke masjid untuk solat berjemaah selain menggunakan ruang yang ada untuk merapatkan ukhuwah dengan khariah masjid yang berhampiran.

"Kami solat zuhur berjemaah di Masjid Mukim Merbau dan solat asar berjemaah di Masjid Mukim Selising, kami agihkan ikan selepas solat.

"Kita mahu kalangan anak-anak muda mengimarahkan masjid dan menghayati fadilat solat berjemaah.

"Jangan biarkan masjid ketandusan orang muda dan  saya cetus idea ini agar pemuda mencintai solat berjemaah dan memakmurkan masjid dengan aktiviti yang mampu mengeratkan silaturahim sesama penduduk," katanya ketika ditemui, hari ini.

Muhammad Yusri berkata, bagi program  yang sama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sumbangan gula dan minyak disediakan. - UTUSAN ONLINE