Keberangkatan Tengku Abdullah kira-kira pukul 2 petang mengejutkan semua pihak terutama orang ramai, jururawat dan keluarga Abdul Rahim lebih-le­bih lagi baginda tiba dalam keadaan bertongkat.

Menurut Abdul Rahim Othman, 57, beliau teruja apabila dimaklumkan kehadiran baginda dan tidak menyangka Tengku Abdullah berkenan mengunju­ngi anak keduanya.

“Saya sekeluarga menjunjung kasih ke atas Tuanku yang meluangkan masa kira-kira sejam ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur semalam.

“Saya sekeluarga amat menghargainya kerana Tuanku begitu prihatin dan mengambil berat. Dua hari lalu, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli menziarahi Nadiah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahim memberitahu anaknya hanya menyedari dia menghidap barah selepas mendapati ada bonjolan keras di bahagian atas payu dara.

“Mujurlah dia terfikir untuk membuat pemeriksaan dan akhir­nya disahkan mengidap barah payu dara peringkat tiga,’’ ujarnya.