Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, ia melibatkan pelajar daripada 55 buah sekolah.

Menurutnya, sumbangan itu telah diberikan sejak tahun 2014 lagi bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa untuk membeli peralatan keperluan untuk memulakan sesi persekolahan.

“Ini merupakan kali keempat sumbangan seperti ini diadakan dengan sumba­ngan diberikan tanpa mengira kaum,” katanya dalam majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan untuk sesi 2018 di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 7,600 pasang pakaian sekolah diagihkan kepada pelajar sekolah rendah dan 7,100 buah beg kepada pelajar sekolah menengah.

Dalam ucapannya, Siew Keong menekankan tentang pentingnya keselesaan dan peralatan pembelajaran yang lengkap untuk pelajar dapat belajar dengan sempurna.

Menurutnya, ini kerana pelajar merupakan aset negara yang akan menentukan corak pembangunan negara pada masa akan datang.

Katanya, untuk itu sejumlah 48,700 pakaian sekolah dan beg sekolah telah diagih­kan untuk pelajar di Teluk ­Intan.