Seramai 160 golongan itu termasuk anak yatim, orang miskin, orang kurang upaya serta pelajar tahfiz menerima peruntukan baju raya sebanyak RM200 seorang.

Setiausaha Kehormat Pekema, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata, program tahunan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan.

“Kita peruntukkan sebanyak RM32,000 pada tahun ini dan jumlah itu juga meningkat berbanding tahun lalu.

“Kita juga bekerjasama dengan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) bagi mendapatkan golongan sasar yang layak menerima bantuan di setiap jajahan di negeri ini,” katanya, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohammad dan Ahli Majlis Penasihat Presiden POKB selaku pengarah program, Mazeree Mohd. Nawi. - UTUSAN ONLINE