Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, masyarakat berkenaan perlu dibantu dalam mempertahankan hak mereka.

"Saya akui masalah dihadapi masyarakat Orang Asli suku Temiar di Gua Musang ketika ini adalah hasil sifat rakus dan tamak pihak tertentu yang lebih mementingkan wang ringgit daripada memikirkan nasib penghuni yang telah sekian lama bertapak di situ," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berkenaan hari ini.

Menerusi program berkenaan, PEKA mengadakan jualan satu blok puzzle bernilai RM150 dan hasil jualan tersebut disumbangkan kepada Orang Asli suku Temiar di Gua Musang.

Sementara itu Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Wilayah Tanah Adat Pos Simpor, Nur Mohd Syafiq Dendi yang menyifatkan kerakusan pihak-pihak tertentu menceroboh hutan tempat tinggal mereka sebagai mencabuli hak asasi Orang Asli.

"Sampai bila kami perlu dilayan sebegini? Sekarang ini kami terpaksa buat sekatan untuk menghalang tanah kami dirampas dan diteroka oleh pihak tertentu. Tolong pelihara hutan dan tanah adat yang telah kami usahakan turun-temurun selama ini. Kami tak pernah minta lebih pun,” katanya. - UTUSAN ONLINE