Ketua Bahagian Perdagangan Runcitnya, Aadrin Azly berkata, sebahagian daripada sumbangan adalah hasil jualan pek [email protected] yang diperkenalkan Petronas sempena bulan Ramadan tahun ini.

"Idea untuk memperkenalkan pek [email protected] ini adalah hasil daripada maklum balas pelanggan kami yang rata-rata meminta pihak kami menyediakan hidangan berbuka puasa yang murah, ringkas dan berkhasiat untuk mereka.

"Pelanggan juga ada menyuarakan hasrat untuk menambah amal kebajikan pada bulan Ramadan ini, jadi kami permudahkan niat mereka dengan menetapkan 50 sen daripada setiap pembelian pek berharga RM5 ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut di sini hari ini.

Lima badan kebajikan yang dipilih ialah Rumah Kasih Harmoni, Rumah Kebajikan Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Rumah Titian Kasih, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Persatuan Orang Buta Malaysia. - UTUSAN ONLINE