Seramai hampir 400 alumni terdiri daripada pelajar tahun 60-an sehingga sekarang hadir pada majlis itu yang dianjurkan di kampus Jalan Othman, yang turut dirancang sebagai Rumah Kelab Alumni UiTM, di sini.

Turut hadir ialah Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Sallehuddin Mohammed, pengerusi TP1B Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Penaung TP1B yang juga alumni UiTM, Datuk Seri Idris Jusoh dan Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Glomac Bhd, Tan Sri FD Mansor, alumni 60-an Tan Sri Azizah Mokhzani, mantan Naib Canselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Tan Sri Sahol Hamid, bekas Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad, bekas Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh, Timbalan Naib Canselor Prof Dr Kamal Harun, dan Rektor UiTM Selangor, Prof Datuk Dr Abu Bakar Abd Majeed.

Majlis itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (ICAEN), UiTM melalui timbalan naib canselornya, Prof Dr Zaini Abdullah.

TP1B ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh pihak alumni, dan pada majlis itu, Lodin Wok dan Arshad turut berucap bagi menjelaskan sumbangan 500,000 alumni ke dalam dana TP1B akan dikembalikan kepada institusi itu. - UTUSAN ONLINE