Bapa remaja itu, Kamarulzaman Mat Yunus, 44, berkata, dalam kejadian bermula pada pukul 5 petang semalam sebanyak empat keping cermin tingkap di bilik anak sulungnya itu telah dipecahkan makhluk halus.

“Cermin itu seolah-olah dipukul oleh seseorang namun kami tidak melihat kelibat pelakunya. Kejadian itu bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 2 pagi.

“Dalam kejadian berasingan, semasa anak saya sedang ke bilik air kira-kira pukul 5 pagi tadi (hari ini), cermin muka yang terdapat di dinding seolah-olah dihempas ke lantai betul-betul di hadapannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE