Ketua Pengarahnya, Datuk Shamsiah Kamaruddin berkata, selain membina kefahaman mengenai harta intelek, MyIPO turut berkongsi teknik-teknik pembelajaran yang boleh dilindungi di bawah harta intelek.

“Sebahagian teknik pembelajaran kanak-kanak ini adalah mewujudkan deria rasa, membangunkan auditori dan membina kosa kata dalam percakapan.

“Maka saya sarankan teknik-teknik pembelajaran seumpama ini dibuka dan boleh dilindungi di bawah harta intelek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Nasom, Iqram Shahfuree Jeram; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MyIPO, Mohd. Shahar Osman dan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MyIPO, Zulkarnain Muhammad.

Pelbagai acara termasuk aktiviti seperti sukaneka diadakan untuk menghiburkan warga Nasom. - UTUSAN ONLINE