Sumber polis memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd. Fairuz, 7, yang merupakan pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok hadir ke lokasi kejadian sementara menanti ibunya yang merupakan seorang guru di sekolah menengah berkenaan habis bertugas.

“Sekolah mangsa hanya terletak bersebelahan dengan sekolah menengah tempat ibunya bertugas.

“Setibanya di bilik guru berkenaan, mangsa menikmati rambutan namun tiba-tiba tercekik dan dilihat muntah sebelum berada dalam keadaan separuh sedar oleh seorang guru lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke sebuah klinik kesihatan di Changlun sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Jitra.

Difahamkan jenazah mangsa kemudiannya dibawa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk dikebumikan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitenden Mohd. Ismail Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dengan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN ONLINE