Presidennya, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, pihak MRA Sabah telah melakukan tinjauan di Kampung Rampaian, Sepanggar dan pusat pemindahan sementara di Kompleks Sukan Penampang sekali gus menyampaikan sumbangan awal dalam bentuk barangan kelengkapan diri seperti tuala, sabun dan berus gigi kepada kira-kira 40 keluarga.

“Kejadian banjir ini berlaku dalam keadaan yang tidak kami jangka namun pihak kami akan sentiasa bersedia untuk menyalurkan khidmat bantuan kepada mangsa banjir di Sabah.

“Malah, MRA Sabah juga mempunyai pengalaman dalam bantuan banjir dan gempa bumi di Sabah di Sabah sejak tahun 2015,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

MRA juga menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan sumbangan ke dalam akaun Maybank 5602 4102 1056 atas nama Malaysian Relief Agency dan menghubungi Pengerusi MRA Sabah, Alex Dennis di talian 016-8610195 untuk sebarang pertanyaan lanjut. - UTUSAN ONLINE