Majlis yang dihadiri lebih 300 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Melaka itu diadakan secara sederhana di Surau Perumahan Polis Temenggong, Bukit Beruang di sini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Jalil Hassan; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Roslan Ibrahim serta barisan Exco kerajaan negeri yang baharu.

Mohd. Khalil yang hadir kira-kira pukul 6.45 petang sempat beramah mesra bersama anggota, pegawai serta ahli keluarga polis sebelum majlis berbuka puasa.

Sejurus berbuka, semua hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih secara berjemaah yang dipimpin Mufti Kerajaan negeri, Datuk Abdul Halim Tawil.

Adly sebelum itu sempat menyampaikan sumbangan kepada beberapa ahli keluarga polis terpilih serta duit raya kepada anak-anak anggota yang hadir. - UTUSAN ONLINE