Namun kehadiran mereka membawa kegembiraan dan kepulangan diiringi ucapan terima kasih dengan khidmat yang diberikan itu.

Wanita-wanita berkenaan merupakan jururawat bersama doktor pelatih menjalankan pemeriksaan kesihatan di bawah program Misi Masuk Kampung.

Program dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang.

ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, program ini melibatkan lebih 300 jururawat pelatih, doktor dan kakitangan kesihatan menjelajah 37 buah kampung  secara serentak dengan diiringi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Program ini memberi manfaat kepada 500-600 penduduk. Mereka bukan bukan sahaja ke rumah pesakit kronik atau yang uzur tetapi juga jalankan pemeriksaan kesihatan termasuk tahap paras gula serta tekanan darah.

"Jika bacaan tidak bagus mereka penduduk akan dirujuk ke klinik atau hospital berhampiran selepas ini bagi pemeriksaan lanjut," jelas Tengku Putera tentang program sehari itu kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, pendekatan turun padang sebegini nempunyai impak yang baik, memberi kesedaran meluas terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk kampung, dan wajar dilakukan secara berkala.

Menurutnya lagi, program ini dilaksanakan bagi mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.

"Pendekatan secara masuk kampung ini diharapkan dapat ketepikan rasa takut kepada doktor, misi atau hospital yang masih ada dalam diri," ujarnya. - UTUSAN ONLINE