MOHD. RADZI
MOHD. RADZI

Menurut anaknya, Tasnim Mohd. Radzi, bapanya merupakan kakita­ngan awam dari Kedah telah meng­alami serangan sakit jantung pada 9 Disember lalu ketika bercuti bersama keluarganya di Phoenix, Arizona, AS.

Kata beliau, bapanya telah mendapat rawatan di Hospital Dignity Health California dan menerima bil hospital berjumlah AS$196,062.02 (RM800,000).

“Bagaimanapun, kos itu tidak termasuk bil lain yang akan diterima secara berasingan.

“Saya telah membuka akaun di laman web www.gofundme.com lima hari lalu dan setakat ini seramai 324 orang telah menghulurkan sumbangan dengan jumlah keseluruhan AS$8,821 (RM35,866),” katanya.

Jelas Tasnim, antara rawatan yang digunakan untuk merawat bapa­nya di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut adalah alat kejutan elektrik untuk merangsang jantung dan Therapeutic Hypothermia, iaitu proses menyejukkan organ penting selepas otak tidak memberi sebarang maklum balas akibat kehilangan oksigen.

Katanya, bapanya koma selama lima hari dan telah dibenarkan keluar dari hospital tersebut pada 17 Disember lalu namun atas nasihat doktor bapanya masih perlu berehat sekurang-kurangnya selama dua minggu.

“Buat masa ini kami tinggal di rumah kakak di Phoenix, Arizona sejak 20 Disember lalu. Kakak menetap di sini bersama suaminya, Abdul Rahimi Abdul Rahman yang merupakan pelajar Kejuruteraan di Arizona State University dan dua anak mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh kunjungi laman web tersebut di www.gofundme.com/urgent-md-radzi-heart-failure-fund atau melalui akaun Bank Islam 12122020088470 (Tasnim Mohd. Radzi) atau akaun Maybank 162487109218 (Abdul Rahimi Abdul Rahman).