Sehubungan itu kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MoU) di pejabat MMA di sini hari ini.

MMA diwakili oleh Presidennya, Dr. R. Ravindran Naidu manakala Mercy diwakili oleh Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus yang merupakan Presiden pertubuhan itu.

Ahmad Faizal berkata, pada kali ini, Mercy akan memberi tumpuan lebih kepada program-program bantuan kemanusian seperti bantuan perubatan ke kawasan terpencil, klinik bergerak, pelarian dan gelandangan di Malaysia.

Mengenai klinik bergerak pula katanya, melalui kerjasama ini, bilangan pegawai perubatan yang secara konvensionalnya hanya tiga orang bagi 200 individu kini ditambah kepada enam orang.

“Dengan ini, orang ramai akan mendapat perkhidmatan yang lebih selesa dan cepat,” katanya. - UTUSAN ONLINE