Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita ialah makhluk Allah atau insan yang emosional. Sebab itulah Allah jadikan dalam kalangan manusia ciptaan-Nya, wanita boleh mengandung dan menyusu­kan anak. Untuk menanggung tanggungjawab sebagai seorang ibu, dengan melalui proses kehamilan dan kelahiran yang menggetirkan itu perlu insan yang tinggi nilai emosinya – hati yang yakin, bersih dan ikhlas, iaitu hati seorang wanita.

Wanita ialah isteri dan ibu kepada sebuah rumah tangga. Kejayaan wanita yang bergelar isteri dan ibu dalam menjaga rumah tangga dan anak-anaknya menentukan masa hadapan sebuah negara. Sebab kesejahteraan sesebuah keluarga bergantung bukan sahaja pada akidah dan iman yang dimiliki oleh setiap ahlinya, tetapi bergantung juga pada akhlak mereka.

Isteri yang berakhlak baik akan melembutkan hati suami. Seorang isteri mesti menjadi penyejuk hati suami ketika membahang marahnya, penenang hati suami ketika gundah dan resahnya, penenteram hati suami ketika muramnya, serta penghibur suami teman berliburnya. Sebagai seorang ibu pula, wanita perlu sabar dan bijaksana mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Wanita perlu pandai mengawal emosi dan perasaannya.

Namun begitu, kerana wanita dikategorikan sebagai insan yang beremosi, adakalanya membawa kepada sifat-sifat negatif. Iaitu, wanita biasanya lebih cepat atau kerap risau berbanding dengan kaum lelaki. Lebih bahaya lagi jika kerisauannya tidak bertempat, tidak terkawal, dan tidak dapat disembunyikan daripada orang di sekelilingnya, hingga luntur kehebatan dirinya sebagai makhluk Allah yang diberikan akal untuk berfikir.

Sebab itulah menurut Imam Syafie kehebatan seseorang itu diukur dalam tiga perkara. Pertama, sejauh mana kemampuan kita menyembunyikan kemelaratan hidup, sehingga orang lain menyangka kita berkecukupan kerana kita tidak pernah meminta daripada orang lain. Kedua, kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira kita berasa reda atas apa yang berlaku terhadap kita.

Ketiga, kemampuan menyembunyikan kesusahan, se­hing­ga orang lain mengira kita selalu senang. Dalam prinsip pemikiran “Reset Minda”, ditekankan betapa penting kita membina kekuatan hati supaya mampu mengawal emosi dalam menghadapi segala peristiwa yang berlaku dalam hidup, kerana ada kalanya kita memang mahu mengelaknya berlaku.

Hakikatnya semua orang ingin­kan hidup bahagia dunia dan akhirat. Namun begitu, ti­dak semua orang dapat me­ngecapnya, kerana ada orang hi­dupnya tidak tenang akibat dilanda stres, tekanan hidup dan kerisauan. Daripada kajian pakar psikologi, kaum wanita lebih ramai dan kerap dilanda kerisauan berbanding lelaki. Hal ini terjadi disebabkan oleh lima perkara.

Tingkat keyakinan

Pertama, ingin dicintai. Hakikatnya kita tidak boleh kawal untuk dapat segala yang kita inginkan. Contohnya kita tidak boleh paksa dan kawal hati suami agar seti dan menyintai kita seorang sahaja dan jangan menduakan. Sebagai isteri, dalam konsep pemikiran “Reset Minda” ditekankan keperluan hubungan “akaun emosi” yang tinggi antara isteri dengan suami. Antara suami dengan isteri perlu membelai hati pasangannya dengan kata-kata pujian dan kasih sayang.

Jauhkan prasangka buruk terhadap pasangan sama ada yang diucap dengan kata-kata melalui mulut atau dibicarakan dalam minda dan hati kita, kerana Allah akan bertindak sebagaimana yang kita fikirkan. Jika kita berfikiran buruk terhadap pasangan, maka perkara buruk yang difikir-fikirkan itulah yang akan terjadi.

Sebagai isteri guna kemudahan teknologi maklumat untuk berhubung dengan pasangan masing-masing bagi menyatakan perasaan bahagia dan membahagiakan antara satu sama lain, bagi mengekalkan dan memperbaharui cinta.

Kedua, wanita sering dilanda kerisauan kerana ingin dipuji. Banyak orang perlukan pujian baru dia rasa dirinya bagus dan berharga. Bina keyakinan diri, puji diri sendiri di hadapan cermin bukan di hadapan orang. Jadi kita tidak perlu pujian orang dan tidak kecewa jika kebaikan kita tidak dihargai. Tingkatkan keyakinan diri. Orang yang yakin diri, berani dan yakin kepada Allah, akan menjadi lebih berani. Orang yang syukur tenang dan orang yang ikhlas akan bahagia.

Ketiga, ingin dihormati. Keempat, ingin dikagumi. dan kelima, ingin dibalas budi. Setiap wanita, jagalah akhlak dan perbaiki akhlak, terutama bagi wanita yang berkerjaya. Sebab perangkap wanita yang berkerjaya adalah timbulnya keegoan, berasa lebih daripada suami dan memandang rendah orang yang tidak berkelayakan seperti mereka.

Beberapa perkara perlu dijaga dalam rumah tangga, adalah jaga hubungan dengan Allah, memberi kasih sayang tanpa syarat, murah hati, jujur, dan terima pasangan seadanya. Jangan mengharapkan sesuatu yang tidak mampu diadakan oleh pasangan. Jangan mengharap apa yang boleh kita dapat daripada perkahwinan itu tetapi fikirlah apakah manfaat yang boleh kita beri melalui perkahwinan.

Ingatlah daripada sesama makhluk jangan kita sibuk mengharap dicintai, tetapi sibuklah untuk mencintai. Ingin mencintai, ingin menghargai, ingin membalas budi, ingin mengagumi dan ingin memberi. Apabila kita hidup di dunia, amalkan sikap suka dan ingin memberi, itulah punca kita bahagia dan tenang. Kita hanya ingin dicintai, dirahmati, dan dikasihi Allah.

(Dengan orang kita memberi, dengan Allah kita mendapat, iaitu dengan cara kita asyik meminta, bermunajat memohon kepada-Nya). Allah suka jika kita asyik meminta kepada-Nya, sebaliknya manusia akan marah jika kita asyik meminta kepadanya. Wanita yang profesional, kalau kita di dunia ini terkenal, bijak dan seumpamanya, tetapi jika kawalan emosi dan kerohanian kita lemah, alangkah ruginya kita.

Wawasan negara terhadap wanita adalah – didik wanita, negara terpelihara. Ini kerana kalau kita betulkan wanita, seluruh negara akan betul, kerana di tangan merekalah terletak bentuk dan cara bagaimana anak-anak yang bakal menjadi generasi akan datang membesar dan dewasa. Wanita perlu kawal diri dan emosi dengan mata hati, kerana dalam hidup ini kita memiliki empat mata yang perlu dijaga.

Pertama, mata fizikal yang digunakan untuk melihat alam sekeliling. Kedua, mata akal, gunakan fikiran untuk berfikir. Ketiga, mata nafsu, iaitu emosi yang tidak baik atau negatif. Keempat, mata hati. Hati adalah raja kehidupan. Kalau hati kita baik, fikiran baik. Kalau fikiran baik emosi kita baik. Emosi baik tindakan baik. Tindakan baik hasil kehidupan baik. Apa tindakan kita itulah yang akan kita dapat. Orang yang baik, dapat baik dan sebaliknya.

Mata hati adalah mata yang melihat kuasa Allah di mana-mana. Iaitu mata yang melihat semua orang baik dan penuh kasih sayang, mata yang melihat semua perkara berlaku ada hikmahnya dan membuktikan kekuasaan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Mata hati melihat semua kebaikan dan kehebatan yang berlakukan ke atasnya bukan kerana kehebatannya, tetapi kerana kehebatan Allah SWT.

Untuk menghapuskan rasa negatif (kerisauan) tanamkan sikap memandang positif dan menjauhkan pemikiran negatif. Jauhi perasaan ingin bersaing antara satu sama lain, sebaliknya tanamkan rasa kesefahaman dan kebersamaan, saling memahami dan bantu membantu serta bekerja sama walau di manapun kita berada dan dengan siapa kita jalani hidup bersama. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain