Pegawai Khidmat Pelanggan McDonald’s negeri ini, Nurul Wahida Harun berkata, program itu  dilaksanakan bertujuan menceriakan warga-wara emas yang menetap disitu bersempena sambutan Tahun Baharu China ini.

  "Pihak  Kami melalui pasukan McDonald’s Malaysia negeri ini telah menyumbangkan sebanyak 200 bekas makanan tengah hari kepada mereka.

 "Kami juga turut beramah mesra  serta melayan warga-warga emas yang terlibat di dewan makan tersebut," kantaya.

 Beliau berkata, pihaknya berharap agar sumbangan yang disalurkan itu dapat menjayakan agenda pembangunan sosial di negeri ini dan akan diperluaskan lagi pada masa depan.

  Program itu turut dihadiri  Perunding Operasi McDonald’s negeri ini, Shadan Ismail dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Azwani Zakaria - UTUSAN ONLINE